Friday 24 April 2020

行动限制令-对学生说的话

Murid-murid yang dikasihi,

Semoga semuanya dalam keadaan baik-baik saja.

Sejak cuti sekolah pertengahan semester 1, kalian telah berada di pangkuan keluarga sehingga hari ini, disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan sehingga hari ini, malah PKP akan dilanjutkan lagi sehingga 12 Mei 2020. Sama ada PKP fasa 5 akan dilanjutkan atau tidak, kita semua tidak dapat menentukannya. Jika PKP ini dikatakan akan ditamatkan pada 12 Mei nanti, belum tentu kalian akan kembali ke sekolah. Maka, di sini cikgu berharap agar kalian dapat menjaga kesihatan dan keselamatan kalian sepanjang tempoh pelaksanaan PKP ini.

Walau bagaimanapun, cikgu berharap kalian harus faham bahawa tempoh PKP ini bukan “bulan madu”, pembelajaran kalian tidak boleh diabaikan. Guru-guru kalian semuanya telah bertungkus lumus untuk menjalankan pengajaran melalui pelbagai kaedah melalui talian. Selain bersantai dengan keluarga di rumah, bermain, menonton televisyen atau membantu ibu bapa dengan pelbagai kerja rumah, cikgu berharap agar kamu juga memberikan kerjasama untuk mengikuti pengajaran yang disampaikan oleh guru kalian.

Bagi murid yang mungkin kekurangan kemudahan talian atau gajet elektronik, cikgu berharap kalian dapat memanfaatkan masa kalian dengan aktiviti yang berfaedah. Ingat, asas pembelajaran ialah bacaan. Jika kalian tertinggal untuk mengikuti pembelajaran guru, cikgu harap kalian boleh baca apa saja bahan bacaan yang kamu boleh dapat, surat khabar, majalah, ataupun komik. Selain itu, cikgu berharap juga kalian dapat menggunakan masa untuk mempelajari pelbagai kemahiran baharu di rumah. Belajarlah cara memasak dengan ibu bapa, membuat roti atau kek, membuat kraf tangan atau kerja hasil seni. Kemungkinan semua ini tidak begitu selari tidak begitu selari dengan peperiksaan di sekolah, namun ia masih berkaitan untuk pembelajaran asas kehidupan. Kalau boleh, jangan lupa melakukan senaman untuk menyihatkan badan kalian.

Akhir sekali, cikgu berharap hidup kalian tidak bergantung kepada sesiapa pun, sama ada hendak menjalani kehidupan dengan bermakna atau tidak, itu pilihan kalian dan tiada sesiapa pun boleh memaksa kalian. Harap kalian dapat memanfaatkan “tempoh cuti” yang entah sampai bila ini!

Sekian, terima kasih.

Daripada Cikgu Ng CH

各位同学,
祝愿大家一切安好!

从三月份第一学期期中假期以来,加上新冠肺炎疫情的爆发,政府实施了行动管制令,一直延续至512日, 你们也将一直留在家中。至于这项行动限制措施何时结束,都是一个未知数。在此,老师衷心希望同学们在这段期间,能照顾好自己的健康与安全。

尽管如此,老师希望同学们都了解,行动管制令留期间,不是同学们假期享乐的日子。课文上的学习依然不能忽略。你们的老师,个个竭尽所能,想尽办法通过线上学习,好让你们不会荒废学业,所以老师希望同学们可以尽力配合,完成老师们给予的课业。当然在这段期间,你们要和家人享受天伦乐、追剧、看戏、或进行闲暇活动,也没有什么不妥。

至于一些同学们可能因为客观条件的限制,例如缺乏网路服务或电子器材,导致你们跟不到老师们分配的线上课业, 老师依然希望你们能够好好利用你们的时间,进行或学习一些有意义的事情。你们可以利用这段时间进行阅读, 哪怕你是阅读报纸、杂志、又或者是漫画。除此之外,你们也可以通过这段时间,学习一些生活技能:烹饪、手艺、手工等等, 为自己增值。 虽然这些事情和和学校考试学习没有关联,但是老师希望你们知道学习是一辈子的事情,生活上的学习或会对你未来的生活有帮助。当然也不要忘了锻炼身体,让自己有一副强健的体格。

最后,老师希望你们知道,你们的人生道路,不管是学习或是生活,不要过于依赖他人。选择拥有“精彩”或“颓废”的人生,只有你们自己能作决定。希望大家可以好好利用这不知何时可以结束的“假期”。

No comments:

Post a Comment

Pantun untuk Guru Pelatihan 2023 (SKPC)

 Sungguh manis senyuman anda Memikat hati para adik Guru pelatih namanya Aida Bakal jadi guru pendidik Menuntut ilmu ke Sarawak  Jodoh buat ...